Friday, December 25, 2009

Saya Orang Suka Berbogel


Dari kecik hingga besar mmg xpenah dan x akan berbaju...ini kerana kawan2 saya kata badan saya cantik...anda lihat dan nilaikannya...

Wednesday, December 23, 2009

Salvatore Ferragamo StuDIO (sOLD)



Size 7.5
Condition A
Made In Italy
RM 180.00 negotiate
sUDAH tERJUAL

Tuesday, December 22, 2009

Surat kepada Pak Lah (KELAKO)

MENARIK UNTUK DIBACA...
Posted: Fri Jun 06, 2008 12:18 pm Post subject:

kepada pak lah... PM kesayangan ku saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak.. selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik.. saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn.. anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN.
Saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik.saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat.. rebet yg diberikan kepade saya memang melebihi dari keperluan saya.. apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit.. anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya... buat permulaan untuk merubah kehidupan saya.. saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot akan menggantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk) saya akan buat minyak masak sendiri itu antara care saya merubah hidup.. ade banyak lagi care semuanya kerna UMNO dan bn... dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade.. bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia. mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti.. insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..! jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak.. jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%.. saya tetap akan menyokong pak lah.. akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn.. sekian terima kasih..
ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi
pecah kaca,
pecah gelas,
sudah baca,
harap balas.
Dulu2 punya cerita...

Seloka....

MENARIK UNTUK DIBACA...............

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat. Y
ang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa. Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar

Santai2 je..



Karya Agung....
Luahan rasa seorang budak2

Kreativiti....

Iklan

Nostalgia kami kumpulan cokelat segitiga (al-fatihah pada salleh berbaju putih,semoga roh mu ditempatkan dikalangan orang yang beriman) yang baju merah bila lagi...

Nostalgia hidup tak tentu arah..yang tgh garu kepala tu masih tak tentu arah lagi sampai skg...

mak tgk..bapak masuk TV..bapak ko mmg mcm tu..dulu slalu dok lepak tepi longkang jee..

Walaupun saya nyanyi lagu rock,tapi..saya memang macam berok....bravo la ABOK...

best of the beast Model big size (nice pic)

Nostalgia...yang baju biru tu dah mati dah pun...

En Hamid aka Bob Hamid aka haramjadah punya hamid aka kawan baik yg paling gemuk.Gambar masa bercuti kat Arab Saudi..(lawa cermin)